"Lembutmu tak bererti... kau mudah dijual beli... kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti... lembutmu bukan hiasan, bukan jua kebanggaan tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati... disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu ada rahsia agung tersembunyi dalam diri... itulah sekeping hati yang takut pada illahi... berpegang pada janji mengabdikan diri... "

Hannan Nur Khadijah... permata cinta, buah kasih mama dan papa... semoga anakanda membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah...

sungguhku rindukan senyumannya... namun kuharus tabah, memanfaat masa selagi ada, bersama sisa kudrat yang masih berbaki dalam diri... demi merealisasikan sebuah harapan...
ku pinjam kata-kata yang telah ku baca dari buku bertajuk " Berbicara cara Nabi " untuk ku coret dalam laman laraku yang telah lama tidak ku jenguk selepas melahirkan puteri yang mempunyai mata sebening salju, Hannan Nur Khadijah...

' Uqbah Bin Amir melaporkan, saya pernah bertanya, " wahai Rasulullah, apakah yang membolehkan saya selamat ? '' Jawab Rasulullah, " Tahanlah lidahmu daripada banyak bercakap, selalulah beribadah dan tangisilah dosa-dosamu"...

konklusinye, bukan ke aku seorang yang terlalu banyak bercakap, kurang beribadah dan masih ketawa dalam dosa??? seorang aku bermonolog sendiri, mencari erti hidup yang bisa memimpinnya ke pintu syurga Illahi... ( Hanya Pintu? )

ABOUT

Siapa saya? nama saya ialah Ima. Saya kakak kepada Rahim, Rashid dan Rozza.

FIRST POSTING

gambar percubaan untuk dimasukkan dalam blog

Post ini adalah percubaan. Sebagai percubaan, gambar yang di masukkan ini juga adalah tidak ada kena mengena dengan hidupku, kecuali budak yang bercermin mata dan yang sedang tidur itu. Dialah adikku. Sungguh tidak disangka, dia tidur sewaktu mendengar ceramah.